Monday, February 13

Ke Mana Bintang?

[sumber gambar]


"Awak, kenapa bulan tu sorang sorang? Mana bintang?"

"Cantik tak bulan tu?"

"Awak ni, saya tanya awak, awak tanya saya pulak. Cantik lah."

"Sebab tu bintang tinggalkan bulan sorang sorang."

"Kenapa pulak? Apa kaitan dia?"

"Sebab bintang nak kasi peluang kat bulan tu."

"Peluang pasal apa pulak?"

"Supaya orang puji bulan jek, so bintang tak nak kacau."

"Kalau ada bintang?"

"Kalau ada bintang, nanti manusia akan puji bintang tu sekali."

"Puji apa pulak?"

"Eh, banyaknya bintang malam ni, cantik."

"Aah kan, langsung bulan dilupakan?"

"Tidak la dilupakan tapi fokus manusia akan berubah."

"Berubah macam mana tu?"

"Fokus mata manusia akan bercampur kalau pandang ke langit. Beribu ribu bintang di angkasa tapi bulan hanya satu. Jadi bila bintang menghilang, manusia yang pandang langit akan fokus pada bulan yang satu tu je."

"Oh macam tu. Eh langit gelap je macam nak hujan. Patut la bintang tak de."

"Ah, mungkin juga. Jom la."





APi : kalau malam ada bintang dan bulan, tapi kalau siang hanya ada matahari..

3 perasa:

AJ Hanif said...

kita apa yang kita pandang.
kalau kita sibukkan hal bintang, tak ada pun tetap kita cari dan bising kenapa hanya ada bulan dan bukannya bintang.

kalau kita carikan bulan, biarlah berserak pun kejora dan segala, pasti berbisik hati; oh indah juga bulan dengan carik-carik warna bintang.

lihat. dan cari sendiri.

kadang.
kita hanya nampak malam kusam.
dan marah kerana ada bulan yang terlalu terang.

kan?
atau hanya aku?
oh.
barangkali.

APi said...

mungkin juga AJ Hanif..
rasa manusia jarang untuk puas.. =)

Pembunuh Tanpa Bayang said...

bintang bulan...
aku suka malam
walau suram tetap mendamaikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...